Pada tahun 1977, sebuah kapal terbang Boeing 727 dari Brussel pernah mengalami kemalangan disini dan telah mengorbankan 131 nyawa. Kejadian ini berlaku kerana jarak landasan yang agak pendek. Sejak kejadian itu, pihak berkuasa mula memikirkan cara bagaimana untuk memanjangkan lagi jarak landasan kapal terbang tersebut.
8 tahun selepas kejadian, landasan lapangan kapal terbang tersebut dipanjangkan sebanyak 200 meter dan dibina atas lautan. Pada tahun 2000, landasan lapangan kapal terbang tersebut dipanjangkan lagi. Tetapi ianya tidak lagi dibina diatas tapak perlupusan. Sebaliknya, ianya dibina diatas 180 tiang konkrit, setiap satu mempunyai ketinggian sebanyak 70 meter.
Lapangan Terbang ini juga pernah menang dalam anugerah "Outstanding Structures Award" pada tahun 2004 yang dianugerahkan oleh International Association for Bridge and Structural Engineering (IABSE).
credit: Amusingplanet.com
1 comments:
saya risau kalau buat kat M'sia jenis cam ni, mesti Bangla buat 'habitat' dia bawah tu.
Post a Comment