Thursday, March 8, 2012

Review dan Analisis Trailer Filem #1 (Avengers)

Tak lama lagi filem Avengers nak keluar. Sebelum aku boleh buat comixed dari filem tu. Apa kata aku buat review untuk trailer baru filem ni okay? Entry ini sangat panjang. Semoga tidak jemu membacanya.


Scene ini menjawab persoalan yang trailer ini telah diapprove oleh MPAA. Justeru, tiada risiko didelete oleh YouTube.

Babak ini menunjukkan sebuah bandar besar. Adakah ianya bandar Dubai? Kuala Lumpur? Jakarta? Mahupun Bandaraya Islam Kota Bharu?

Ohh...Ianya bukan Bandaraya Islam Kota Bharu. Tapi masih tidak ketahui dimanakan lokasi babak ini. Semoga babak seterusnya akan menjawap persoalan ini.

Babak bandar yang musnah. Adakah kemusnahan ini akibat musuh Iron-man iaitu The Mandarin? Atau ianya suasana pasca Himpunan Hijau 2.0?


Hmm...tidak mungkin Himpunan Hijau 2.0 kerana tiada seorang pun pakai baju hijau. Namun begitu, apakah faktor kemusnahan ini????


Babak ini menunjukkan objek-objek berapi jatuh dari langit. Adakah ianya meteor?

Dan kereta pun meletup. Mengapa orang jahat dalam filem ini mempunyai dendam terhadap kereta? Adakah Magneto dengki kerana tidak mempunyai lesen memandu?
OMG! Letupan!!! Wait....adakah ini letupan CGI?
Sekarang babak menunjukkan seorang pelakon nigga Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury. Tetapi, siapakah karakter MISTERI yang berdiri di belakangnya?

Babak seterusnya menunjukkan kenderaan. Kenderaan ini seperti kenderaan angkatan tentera. Tentera apakah?

Askar ini ingin mensasarkan tembakan kearah sesuatu. Adakah dia mensasarkan ke arah Iron-Man atau The Mandarin? Atau......terhadap orang ramai yang mengikuti Perhimpunan Hijau 2.0?

LETUP LETUP! TERBABOOMMMMMM!!!!!

Mengapa banyak letupan? Adakah villains dalam filem ini gemarkan letupan?

Khabar angin dalam forum-forum filem mengatakan askar-askar dalam filem ini akan menggunakan senjata api. Sejauh mana kebenarannya?



Yup....memang benar. Mereka menggunakan senjata api. Typical American~

Disini kelihatan karakter agen yang bekerja dengan Nick Fury. Nah..karakter ini hanyalah karakter sampingan. Tidak siknifikan dalam filem ini pun. Maka dengan itu bolehlah kita abaikan beliau. TAPI TUNGGU! Siapakah karakter MISTERI yang berada dibelakang agen tu?

Nick Fury dalam babak seterusnya. Raut wajahnya seperti kesan rekahan lantai simen akibat tarian shuffle budak-budak Pavi. Namun, persoalan utama belum terjawab, siapakah karakter MISTERI itu tadi?

Filem ini akan dihasilkan oleh MARVEL. YEAAHHHH!!!! **DUCKFACE**

Dan juga dihasilkan oleh PARAMOUNT PICTURES!!! YEAHHHHH!!!! **DUCKFACE**

Helikopter juga digunakan dalam filem ini. In case kalau korang nak tahu la....

DAN inilah karakter MISTERI tersebut! Sedang berlatih di gym. Siapakah sebenarnya beliau? Adakah Daredevil?

Tak kira siapa pun karakter MISTERI ini. Beliau sememangnya gagah dan memiliki six-packs....

Adakah beliau ini merupakan karakter asal dalam X-Men iaitu Professor X? X-men tu sebahagian dengan Marvel kan?

Hmm...bukan...karakter MISTERI ini bukanlah dari X-Men...tapi siapakah BELIAU????

Ini ialah Bruce Banner. Jangan keliru dengan Bruce Wayne (Batman). Beliau akan bertukar menjadi HULK. Dia tinggal dirumah yang agak kecil dan tidak sesuai dengan saiz badannya apabila dia bertukar.

Nampaknya dia akan bertukar!!! Dia cuba membuktikan kepada Scarlett Johansson bahawa dia bukan HULK!!!

Tapi jangan bimbang. Dia memang HULK dan itu adalah fakta.

Scarlett Johansson a.k.a Black Widow cuba memujuk HULK agar menyertai Avengers. Dengan kecantikan beliau, mustahil HULK akan menolak tawarannya. Tapi adakah HULK akan menerimanya?

MAAACIIIBAII!!!! HULK terpaksa menerima tawaran untuk menyertai Avengers kerana sekumpulan orang bersenjata berada diluar rumah HULK. Celaka sungguh!!!

Ini adalah sebuah hammer. Ini menimbulkan persoalan adakah THOR akan menggunakan senjata ini dalam filem ini?

Seperti filem solonya yang terdahulu. Thor tetap kacak seperti biasa. Rambutnya tetap anggun. Adakah kerana beliau menggunakan Sunsilk botol warna jingga?

Apakah yang dibincangkan Thor dan Nick Fury? Apa pun topik perbualan mereka, karakter di belakang Thor tetap tidak  penting. Boleh diabaikan serta-merta.

Thor mengangkat senjatanya! Adakah beliau akan menyerang Iron-man?

Kami tahu la Thor, anda memang bagus membuat teknik halilintar! Tak payah nak menunjuk lah!

Nampaknya, Bruce Banner lupa satu butang untuk bajunya. Adakah dia khuatir transformasi dia kepada Hulk akan merosakkan bajunya? Btw, persoalan yang masih belum terjawab, siapakan karakter MISTERI yang bersalam dengan Bruce Banner tu?

LAHANAT SUNGGUH!!! Siapakah karakter MISTERI ini??? Walaubagaimanapun, Black Widow kelihatan mengghairahkan apabila memakai baju merah tersebut.

Nick Fury dengan wajah "lantai-simen pecahnya" yang awesome.
Babak ini menunjukkan bangunan Stark Industries. Agak-agaknya, berapakah nilai hartanah bangunan ini?

Pemandangan diatas bangunan Stark Industries ini seolah-olah berada di Amerika Syarikat. Adakah ini merupakan satu hint bahawa karakter Captain America wujud dalam filem ini?

Tony Stark memerlukan mesin kompleks untuk menanggalkan sut Iron-Man nya, tapi babak ini seolah-olah tangan robot Transformer meraba-raba dadanya. Tidak boleh menolak kemungkinan bahawa crossover antara Avengers/Transformer dalam filem ini?

Hmm....Tony Stark memang gila besi.

Gaya Tony Stark berjalan adalah seperti sebuah meme "Like A Boss".

Tony Stark menari? Adakah ini tarian poco-poco ataupun dangdut?

CONFIRMED!!! THOR memang kacak di dalam filem ini! Tidak dinafikan!

Ehh?? Apa yang Iron-Man cuba lakukan? Hoii besi buruk! Aku nak tengok THOR yang handsome lah!!!

NO NO NO!!! Jangan Iron-Man! Jangan tumbuk muka THOR yang kacak itu!!! T____T

Nokharomm...dia pegi tumbuk gak!

Oh...karakter agen yang tidak penting...skip please....

Nampaknya, Iron-Man dan Thor berjaya menyelesaikan masalah diantara mereka. Terima kasih kepada karakter yang tidak dikenali itu.

CONFUUUURMED!!!!!!! Filem ini akan ditayangkan di bulan Mei tahun ini!!!!!! **Duckface**

THOR terbang dengan lajunya. Namun dia tetap kacak dengan kelajuan itu.

Err...ada orang lupa fokus lensa ke? Please lah, ini movie berbajet besar! Kesilapan ini tidak seharusnya timbul!

Haa...clear pun. Kelihatan Hawkeye yang dilakonkan oleh Tom Cruise, Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan seorang lagi karakter MISTERI. Diharap Marvel dapat mendedahkan karakter MISTERI ini kepada umum dalam waktu terdekat.

Scarlett Johansson melakukan tarian tiang (pole dance)?

CONFUUURMED! Beliau melakukan tarian tiang!!!

Err...silap. Scarlett Johansson melakukan tendangan terhadap seseorang. Orang yang ditendang itu nampaknya memakai sejenis baju pelindung. Terdapat khabar angin mengatakan Captain America memakai sejenis baju pelindung. Adakah ini satu lagi hint bahawa Captain America dalam filem ini? Persoalan ini masih belum terjawab dalam trailer ini......

Hey! Lihatlah! Ada letupan lagi. Filem ini banyak letupan....
Dan karakter MISTERI itu terbang laju di udara. Adakah beliau ini merupakan ahli Avengers yang terawal iaitu Quicksilver?

Woaaahhh!!! Iron-Man mendapat keupayaan baru. Beliau boleh terbang dalam filem ini. CONFUUURMED!

Babak ini menunjukkan Iron-man mendapat di sebuah taman. Lokasi taman itu seolah-olah berada di New York, Amerika Syarikat. Adakah ini merupakan satu lagi hint bahawa Captain America ada beraksi dalam filem ini? Persoalan masih belum terjawab.

Hey! Ini adalah Loki. Adakah babak ini memberikan hint bahawa Loki akan menjadi salah seorang ahli Avengers. Ini adalah BadAss!!!

Kelihatan THOR menyerang karakter MISTERI dengan penukulnya. Karakter MISTERI tersebut menggunakan sejenis  "Shield" untuk melindunginya. Adakah "Shield" tersebut merupakan salah satu hint bahawa Captain America akan beraksi dalam filem ini?

Babak ini agak mengelirukan. Adakah THOR tercampak akibat sejenis letupan kuasa atau dia sendiri melakukan letupan kuasa tersebut. Walau apa sekalipun, THOR tetap kacak.

Loki kelihatan seperti seorang dewa douche-bag. Walau apa-apa pun, kehadiran beliau menambahkan lagi seri dalam kumpulan Avengers.

Babak ini menunjukkan bandar yang penuh dengan letupan, Penggunakan laser wujud dalam movie ini! CONFURRMEED!!

Awwww...comelnya Scarlett Johansson menangis. Janganlah menangis sayang...=(

SERIUS! JANGAN MENANGIS LAH!!!!

Tom Cruise @ Hawkeye menggunakan senjata memanahnya. Tapi kearah siapa? Iron-Man mungkin....

Nampaknya HULK dan Black Widow tengah berlari dari sesuatu! Mereka lari dari siapa/apa? Adakah  mereka lari dari perasaan cinta yang mula berputik diantara mereka? Cinta ini kadang-kadang menyakitkan. Cintaa gung adalah cinta yang gagal bak kata Hishamudin Rais (TukarTiub)

Lihatlah. Bukan peminat sahaja yang tidak mengetahu identiti karakter MISTERI ini. Bahkan Tony Stark juga tertanya-tanya siapakah beliau?

Dalam babak ini, Bruce Banner berkata, "We're not a TEAM, we're a TIME BOMB!"

Namun Bruce Banner alpa. Sebenarnya, beliaulah TIME BOMB yang dimaksudkan apabila beliau bertukar menjadi HULK akibat gagal mengawal nafsu amarahnya. Mungkin dia patut menyertai Kursus Pengurusan Marah?

Seperti filem solonya sebelum ini, THOR masih gagal meluahkan ekspresi dengan gaya yang betul. Adakah beliau patut menyertai Kursus Pengurusan Marah tahap 2?

Well, marah atau tidak, beliau tetap kacak.....

Tom Cruise @ Hawkeye dengan panahan cintanya.....

Nampaknya dia akan memanah ke arah sesuatu! Adakah beliau akan memanah Iron-man?

Kelihatan karakter MISTERI dihulurkan tangan oleh seorang lagi karakter MISTERI. Adakah yang menghulurkan tangan itu adalah Captain America? Sampai sekarang, trailer ini masih belum menjawab persoalan siapakah karakter MISTERI ini!
Sekarang kita saksikan aksi Iron-Man terbang diudara biru.....

Hebat! Lagi babak letupan dalam filem ini. Aku khuatir yang filem ini mempunyai babak letupan yang kurang.

Letupan di udara. Adakah ianya dilakukan dengan teknik letupan tradisional atau CGI? Persoalan ini akan terjawab bila filem ini ditayangkan.....

Nampaknya, Iron-Man jatuh kebawah!! Siapa yang akan menyelamatkan beliau?? Captain America? Sampai sekarang Captain America belum muncul-muncul. Adakah Marvel ingin membuat kejutan?

Jawapannya adalah HULK! HULK yang menyelamatkan Iron-Man!

Wahai Hulk...kalau Iron-Man jatuh sekalipun, dia takkan apa-apa la. Kau ni memburukkan keadaan je. Sampai bangunan pun hancur...=_=

Kelihatan Tom Cruise @ Hawkeye berwajah muram. Cintanya ditolak?

CONFURMEED! Scarlett Johansson menolak cinta Tom Cruise!!!

Trailer ni dah nak tamat. Jadi, cuba ingat kembali semua karakter-karakter Avengers ini...

Dalam filem ni ada Hulk, Iron-man, Hawkeye dan Thor......

Mereka tengah membuat bulatan. Bersiap sedia menentang musuh Bumi..

Thor dan penukulnya...ummpphh...kacak!

Scarlett Johansson yang seksi. Dengan pistol kecilnya.....

Black Widow, Hulk dan Lex Luthor? Adakah karakter MISTERI ini adalah LEX LUTHOR?

Tapi Tony Stark cakap trailer ini belum berakhir! Dia kata dia akan membawa party kepada Avengers! Kejutan dari Marvel agaknya?

Nampaknya....Scarlett Johansson tidak tertarik dengan Tony Stark. Mungkin beliau seorang Lesbian? Ahli LGBT mungkin...CONFURRMED?

Iron-Man terbang seperti wau bulan....weeeeee!!!!!

HOLY CRAP! Shockwave dari filem Transformer The Dark Side of Moon!

CONFUUUUURMED!!! Filem ini akan ditayangkan tiga hari selepas Hari Pekerja Sedunia iaitu  4 Mei!!!

Adakah anda semua excited dengan review dan analisis trailer filem Avengers ini? Berdebar-debar bukan? Penuh dengan aksi fizikal dan pelbagai persoalan. Terutamanya persoalan mengenai karakter MISTERI tersebut. Mungkin MARVEL akan membuat kejutan dalam filem ini nanti. 
^_^




Sampai sekarang kita tidak tahu mengenai karakter MISTERI ini. Semoga persoalan mengenai beliau akan terjawab kelak.




5 comments:

Safri Anugerah Illahi said...

memang 'karakter misteri' tu Capyain America kan? apasal Cicak-man tak join skali aa??? bias laaa~ HAHAHA

Qiraf said...

memang misteriii......

Apai said...

LOL !!! Ape kene mengene Kota Bharu Bandaraya Islam lak??!!! haha

Misteri la sangat!!!! haha

Qiraf said...

Apai- Mungkin ada klu untuk karakter Misteri tersebut....adakah beliau orang kelantan?

SoutulMujahid said...

errkk.. apa ni? x paham aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...