Saturday, March 3, 2012

Burger special Darth Vader!

May the BEEF be with you!


Tak lama lagi citer Star Wars Episode 1: The Phantom Menace 3D akan keluar kat pawagam. Sure peminat Star Wars tak sabar2 tunggu kan? Entry kali ni aku bukan nak buat review filem ke apa. Kalau aku buat review filem InsyaAllah akan fail, baik serahkan kerja review filem ni kat Hans. Dia suka mengarut buat review filem nih. Okay entry ni dah semakin tersasar...

Sebuah rangkaian makanan segera di Belgium telah mengumumkan yang dorang akan mengeluarkan burger yang bertemakan filem Star Wars sempena tayangan filem 3D Star Wars tu nanti. Burger tu akan berada di pasaran di awal bulan March ni. Burger tu akan dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu JEDI, DARK dan VADOR. Yang JEDI dan DARK tu macam double burger yang kita biasa tengok dekat Big Mac atau McD, cuma yang VADOR je agak pelik sikit sebab roti burger tu berwarna hitam! Yup, roti burger tu berwarna hitam sebab nak dikaitkan dengan Darth Vader! So,korang sanggup tak makan burger yang rotinya berwarna hitam macam arang? Kalau aku, aku nom nom nom je burger tu...LOL





Dimaling dari: Huffington Post

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...