Thursday, November 22, 2012

Video ujian perkauman di Israel

Okay....ini entry yang serius, bukan untuk lawak. Just nak share kat korang sesuatu yang boleh buat korang berfikir. Bila kita cakap mengenai bangsa Yahudi, perkara pertama yang kita cop kat dorang adalah dorang adalah bangsa yang jahat  dan kejam. Aku tak nafikan semua tu. Tapi bagi aku bukan semua Yahudi tu jahat. Ada yang baik hati. Manusia semua sama je. Ada baik, ada jahat. Fullstop.

Aku bukan pro-Yahudi/Israel. Aku cuma pro-kemanusiaan. Secara jujurnya, aku tak pernah mendoakan kemusnahan Israel. Apa yang aku selalu doa, agar Israel dan Palestin, bangsa Yahudi dan bangsa Arab berbaik-baik dan tamatkan peperangan. Mungkin buat masa ini, keadaan itu sukar untuk dicapai. Tapi aku percaya, mungkin satu hari nanti, keamanan dapat dicapai di sana.

Video yang aku nak kongsikan ni agak menarik sekali. Video ni pasal sebuah rancangan di Israel yang melakukan satu ujian sosial. Dorang nak mengkaji bagaimana sebenarnya hubungan bangsa Yahudi dan Arab ni. Adakah wujud toleransi diantara mereka? Adakah benar bangsa Yahudi ni betul-betul perkauman.

Korang tengok la sendiri dan nilai.. =)

 

#prayforPeaceIsraelPalestine

1 comments:

wisata outbound malang said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...