Monday, March 26, 2012

Tutorial cara menyusun bata dengan betul

Ohoyy....Comixed pertama aku yang melibatkan individu politik tanahair. Mohon jangan butthurt sangatlah. Entry ni bukan untuk pro-pembangkang or pro-kerajaan. Ini lawak semata-mata.








p/S: Mohon situasi dibawah tidak berlaku terhadap diri aku bila comixed ini disebarkan..T___T





Tuesday, March 20, 2012

Nenek Dubstep yang errr.....cute?

Tempoh hari aku ada tunjukkan video minah hipster dubstep yang comel. Kalau belum tengok, sila la pergi kat sini. Hari ni pulak, aku nak tunjuk yang versi seorang nenek pulak. Lawak sial!




Saturday, March 17, 2012

World Blogger & Social Media Awards 2012

Lega....dah habis dah Majlis Penyampaian Anugerah untuk Blogger Award semalam. Sadly, aku tak dapat hadir kerana aku tinggal kat Sarawak. Pulak tu takde bajet nak beli tiket. Pastu kebetulan pulak aku bekerja hari tu. Alasan berlapis-lapis bagaikan INCEPTION (=_=). 


Luckily, kawan aku masa diploma dari Kuala Terengganu iaitu Damia dan Raja Aini menyusahkan diri dorang mewakilkan aku amik award tu. Sanggup dorang pi KL untuk mewakilkan aku. Thanx babes!

Tak banyak aku nak tulis kat sini. Just aku nak ucapkan terima kasih la undi aku tempoh hari. Kasihan korang terpaksa amik masa untuk register pastu vote aku. Kalau line broadband teruk mesti korang terpaksa tunggu lama nak register. Sigh....


Haaa...ni la trofi aku. Aku belum sentuh lagi. Wakil aku cakap trofi ni berat. Agak-agak kalau aku jual laku tak?

Ni pulak aku punya sijil. Agak-agak, kalau aku interview kerja bakal majikan aku kagum tak? Mesti dorang ambik terus jadi CEO kan. Mohon sijil ini bernilai di mata majikan....




HAAA!!! YANG NI AKU JELEZ! Sepatutnya aku yang pi bgambar sebelah FL! Memandangkan aku tak pegi, maka aku suruh je si Damia ni pi bgambar dgn FL...hummphh!!!!

Ni gambar senarai pemenang. Kasihan aku gambar paling bawah...=_=

Untung la dapat bergambar dengan #YoRais....=(

Ni sorang lagi member aku bergambar dengan retiss...Raja Aini....saya sungguh irihati!

Tu je gambar yang dihantar kat aku semalam oleh wakil aku tu. Dorang masih belum upload semua gambar-gambar. Yang pasti, semalam aku butthurt gila tak dapat pegi. Jeles sungguh! T_____T

Ok...aku masih tak puas hati sebab tak dapat bergambar dengan FL...hahaha

Inb4, ini gambar fake dan photoshop! Aku mana ada boobs! (Eh ada la sebab aku gemuk)...whatever, kalau aku pergi semalam, macam ni la aku akan bergambar dgn FL...=P




Saturday, March 10, 2012

Thursday, March 8, 2012

Review dan Analisis Trailer Filem #1 (Avengers)

Tak lama lagi filem Avengers nak keluar. Sebelum aku boleh buat comixed dari filem tu. Apa kata aku buat review untuk trailer baru filem ni okay? Entry ini sangat panjang. Semoga tidak jemu membacanya.


Scene ini menjawab persoalan yang trailer ini telah diapprove oleh MPAA. Justeru, tiada risiko didelete oleh YouTube.

Babak ini menunjukkan sebuah bandar besar. Adakah ianya bandar Dubai? Kuala Lumpur? Jakarta? Mahupun Bandaraya Islam Kota Bharu?

Ohh...Ianya bukan Bandaraya Islam Kota Bharu. Tapi masih tidak ketahui dimanakan lokasi babak ini. Semoga babak seterusnya akan menjawap persoalan ini.

Babak bandar yang musnah. Adakah kemusnahan ini akibat musuh Iron-man iaitu The Mandarin? Atau ianya suasana pasca Himpunan Hijau 2.0?


Hmm...tidak mungkin Himpunan Hijau 2.0 kerana tiada seorang pun pakai baju hijau. Namun begitu, apakah faktor kemusnahan ini????


Babak ini menunjukkan objek-objek berapi jatuh dari langit. Adakah ianya meteor?

Dan kereta pun meletup. Mengapa orang jahat dalam filem ini mempunyai dendam terhadap kereta? Adakah Magneto dengki kerana tidak mempunyai lesen memandu?
OMG! Letupan!!! Wait....adakah ini letupan CGI?
Sekarang babak menunjukkan seorang pelakon nigga Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury. Tetapi, siapakah karakter MISTERI yang berdiri di belakangnya?

Babak seterusnya menunjukkan kenderaan. Kenderaan ini seperti kenderaan angkatan tentera. Tentera apakah?

Askar ini ingin mensasarkan tembakan kearah sesuatu. Adakah dia mensasarkan ke arah Iron-Man atau The Mandarin? Atau......terhadap orang ramai yang mengikuti Perhimpunan Hijau 2.0?

LETUP LETUP! TERBABOOMMMMMM!!!!!

Mengapa banyak letupan? Adakah villains dalam filem ini gemarkan letupan?

Khabar angin dalam forum-forum filem mengatakan askar-askar dalam filem ini akan menggunakan senjata api. Sejauh mana kebenarannya?

Saturday, March 3, 2012

Fukken Comixed (Star Wars Episode 1) "Empayar Burger"

Smalat malam! Semoga mimpi nom nom nom Vador Burger!


Burger special Darth Vader!

May the BEEF be with you!


Tak lama lagi citer Star Wars Episode 1: The Phantom Menace 3D akan keluar kat pawagam. Sure peminat Star Wars tak sabar2 tunggu kan? Entry kali ni aku bukan nak buat review filem ke apa. Kalau aku buat review filem InsyaAllah akan fail, baik serahkan kerja review filem ni kat Hans. Dia suka mengarut buat review filem nih. Okay entry ni dah semakin tersasar...

Sebuah rangkaian makanan segera di Belgium telah mengumumkan yang dorang akan mengeluarkan burger yang bertemakan filem Star Wars sempena tayangan filem 3D Star Wars tu nanti. Burger tu akan berada di pasaran di awal bulan March ni. Burger tu akan dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu JEDI, DARK dan VADOR. Yang JEDI dan DARK tu macam double burger yang kita biasa tengok dekat Big Mac atau McD, cuma yang VADOR je agak pelik sikit sebab roti burger tu berwarna hitam! Yup, roti burger tu berwarna hitam sebab nak dikaitkan dengan Darth Vader! So,korang sanggup tak makan burger yang rotinya berwarna hitam macam arang? Kalau aku, aku nom nom nom je burger tu...LOL





Dimaling dari: Huffington Post

Dubstep Hipster yang comel....errr..comel?

Suddenly...le cute Dubstep female appears.....





Friday, March 2, 2012

Wordless Friday

Eh..ada ke wordless Friday?





Seni kotoran cawan kopi

Pagi-pagi minum kopi~


Tahukah korang yang kotoran dari cawan kopi mampu menghasilkan hasil karya seni yang awesome? Meh kita tengok hasil karya yang dilakukan oleh seorang artis dari Malaysia, Hong Yi. Beliau menghasilkan potret artis terkenal dari negara Indonesia Taiwan iaitu Jay Chou dengan menggunakan kaedah "mengotorkan" kanvas dengan kesan kopi dibawah permukaan cawan.










Dimaling dari: Laughingsquid

Thursday, March 1, 2012

Fukken Art! Gambar bunyi

Awesomeness!

Bagaimana nak tangkap gambar bunyi? Mustahil? Tak aih...Martin Klimas's adalah seorang jurugambar dari German yang berjaya men"shoot" bunyi dengan menggunakan cat yang bewarna-warni. Bagaimana dia melakukannya? Dia meletakkan cat pelbagai warna diatas permukaan papan. Bawah papan tu pulak ada speaker. Jadi, bila dia buka lagu dan meningkatkan volume lagu tersebut, speaker tersebut akan menghasilkan getaran dan menyebabkan cat-cat yang diatas permukaan papan tu "meletup" dan warnanya bercampur-campur.
Akhirnya, imej seperti dibawah berjaya dirakam.....








Dimaling dari : NyTIMES

Fukken Video! : Pokemon dalam versi real life dari SMOSH

Ahah! Entry pertama untuk bulan March, but sadly it's not a comixed. Just nak share video parody POKEMON yang dibuat oleh duo selebriti Youtube yang dipanggil SMOSH. Aku ketagih dengan video2 dorang. Memang lawak gila babi. Enjoy all!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...