Salam sumer! Omaigad...esok raya, maka dengan itu, mimpi ngeri aku memang menjadi realiti. Esok terpaksalah aku raya dalam kapal terbang. Orang lain pergi beraya dengan keluarga dan kawan-kawan, aku pulak pegi beraya dengan pilot dengan pramuragari..oh my..MEMANG TERBAEK LA RAYA PERTAMA TAHUN NI!!!
Anyway, ni update entry untuk hari ini dari video clip Awi Rafalli Rafael - Pulanglah. Enjoy!
p/s: In case korang blur dengan comixed ni, pe kata korang tengok video clip kat bawah ni...hehe
Salam buat semua pembaca blog FuKKenLoL! Aku disini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang semua. Mintak maaf zahir dan batin banyak-banyak kalau ada entry-entry aku selama aku menjadi blogger ni menggugat emosi korang semua.Harap korang semua enjoy sakan bersama keluarga,saudara-mara korang dan kawan-kawan korang nanti. Kalau nak balik ke kampung halaman tu, hati-hatilah ye, ingatilah orang yang tersayang....Last but not least, THANK YOU for Supporting this BLOG!!! LOVE U ALL!
Wassup! Entry kedua untuk hari ini. Dari filem 300. Gosh! Banyak gila comixed boleh buat dari filem ni. Ini sangat awesome! Aku rasa boleh la buat 10 lagi kot..hehehe
Haii folks! Entry pertama untuk hari ini. Comixed kali ni datangnya dari filem Twilight. Sebenarnya, aku baru je download video ni. Sebelum ni tak pernah pun berminat nak tengok citer ni. Tapi demi nak buat lawak dari scene filem ni (semua episod), aku belasah je la layan filem ni....hehehehe
Orait....ni entry kedua pulak untuk hari ini. Comixed ni aku buat dari filem 300, movie yang aku baru Re-Download semalam. Pagi tadi sebelum sahur aku layan satu round movie ni. Serius tak pernah jemu bila tengok movie ni...okay folks! Enjoy this entry!
Selamat petang wahai FukkenLoLLers sekalian! Hari ni dapat gak aku siapkan 4 comixed. Comixed kali ni datangnya dari filem Transformer yang pertama tu. Harap korang enjoy! Sila la LIKE entry ni ok? ^_^
Ohoooo! Selamat Hari Jumaat kepada semua Fukkenlollers! Okeh, entry pertama untuk kali ini dari filem "300". Ni la antara movie yang paling aku suka dalam hidup aku. Kalau aku tengok berulang-ulang pun memang takkan rasa jemu punyalah. Movie ni aku baru je download tadi, versi BluRay-rip...okeh, harap korang enjoy dengan entry kali ni...hehe
Ahah...sorry, ni bukan entry untuk comixed. Tapi cuma "sneek peek" untuk comixed untuk esok. Aku baru dapat satu idea nak buat satu comixed yang tak pernah lagi aku buat sebelum ni. Jalan ceritanya aku belum confirm sangat, tapi aku cuma boleh bagi preview untuk petak yang pertama sahaja. Dialog pun belum isi...
Mesti korang pelik kan? Kenapa suasana dalam scene KL Gangster ni lain macam je. Agak-agak aku nak buat jalan cerita macam mana dengan scene ni? Dari segi cahaya dan warna dalam gambar ni, korang rasa pernah tengok tak kat mana-mana filem? Kita tunggu esok je lah k....
Hye folks! Entry terakhir untuk hari Khamis yang indah ni. Entry kali ni adalah dari Captain America. Aku ekstrak dari trailer dalam Youtube je. Belum jumpa lagi filemnya yang gambar lawa dan boleh didownload. Pergghh...kalau ada BLURAYrip, memang aku download lama dah citer ni. So, fukkenlollers sekalian, enjoy the comixed!
Selamat malam korang! Tahniah sebab dapat menghabiskan puasa untuk hari ini. Okayh, tanpa membuang masa, aku akan update satu lagi comixed dari filem Jepun iaitu L Change The World. Pastu ada la Cameo yang tak diundang. Siapakah cameo tersebut? Ayuh teruskan membaca!
Orait guys n girls! Entry ketiga untuk hari ini. Masih lagi dari video klip lagu Awan Nani Nano dari Hafiz AF5@AF6@AF7@AF8 (Sorry peeps, aku tak follow Akademi Fantasy Fantasia nih,so tak tahu Hafiz ni dari musim keberapa...nak GOOGLE malas..=P). Dalam comixed kali ni, ada CAMEO dari filem <dirahsiakan>. Hehehe..aku taknak la spoilkan jalan citer, korang baca la sendiri dulu eh...
Entry kedua untuk hari ini. 100% dari video klip lagu Awan Nano oleh Hafiz. Aku agak, bila lagu ni mula-mula dikeluarkan, mesti korang bayangkan "something" yang sama aku bayangkan kan? Hahaha....
Good Morning peeps! Entry pertama untuk hari Khamis yang ceria! Comixed kali ni dari Jozan Raja Lawak + Video Klip Hafiz AF keberapa entah...haha..sorry aku tak follow bebudak AF...tapi comixed mana-mana boleh korek! hahaha....
Hye all! Maaf lambat update! Hahaha..tadi pergi berbuka puasa dengan Encik Hamdan n the geng tadi. Baru balik nih. Tu la sempat buat satu entry je untuk malam ni. Esok aku try buat dalam 2 3 comixed camtu la. Itupun kalau ada idea...hahaha..thanx for ur support. Oh ya, aku ada bukak fanpage untuk blog ni dalam Facebook. Kalau berat sangat nak follow blog ni, korang like fanpage blog ni pun jadi la. Klik je kat tepi belah kanan korang tu....
Orait folks...here is your comixed for tonight..^_^
P/S: Ahad nanti aku balik Sarawak naik flight...mintak2 la kejadian camni tak berlaku...hahaha =_=~
Gewd Afternoon fella! Entry pertama untuk hari ini. Comixed kali ni aku extract dari filem Malaywood iaitu Tolong! Awek aku pontianak! Aku dapat idea nak buat comixed ni dari Miss MEJUEZ. Dia yang cadangkan aku buat comixed dari filem ni semalam. Thanks to her..^_^
So, apa lagi..hope enjoy dengan entry kali ni. Pasni, InsyaAllah ada la update yang akan menyusul kemudian..ciaoo!
p/s: Korang suka tak font Harry Potter ni? Kalau suka, silalah download kat sini -----------> KLIK
Okay! Entry terakhir untuk hari ini. Masih lagi dari filem WANTED dan scene yang sama. Cuma kali ni ada gambar XXXX sikit, tapi jangan risau la. Dengan skill photoshop aku yang tak seberapa, aku sensorkan bahagian yang tidak syariah-compliance...hahaha...have a nice day guys and girls!
Masih lagi comixed dari filem WANTED gak. Dari scene yang sama macam entry sebelum ni. Tapi yang ni agak menggelikan dan meloyakan tekak la bagi korang. Sila abaikan ye kat gambar yang berkenaan...hehe..kthanxbai!
Comixed yang baru aku buat tadi masa waktu rehat kat ofis tadi. Kali ni dari filem "WANTED". Pagi tadi aku terpaksa download baru filem ni sebab aku dah delete filem ni sebulan lepas. Bila aku mula berkecimpung dengan bidang buat comixed-comixed haram ni, baru la timbul idea nak buat lawak dari scene filem ni. Pastu tepaksa la download movie ni balik. Nasib baik la internet kat ofis ni laju..hahhaha..happy reading y'all!
Ni la scene yang paling aku suka masa Wesley mula-mula nak test "Curved Shoot" tu. Memang scene yang EPIC!
Trilogi Star Wars memang awesome! Aku memang tak jemu-jemu tengok keenam-enam episod filem ni. Entry kali ni, aku extract dari Star Wars Episode 2: The Clone Wars. Jom baca yok!
Orait babes and dudes! Entry pertama untuk hari ni dari filem 2012! Setakat ni, aku baru jumpa satu je lawak dalam filem ni. Maybe aku patut ulang tengok citer nih berulang-ulang kali kot-kot boleh timbul idea baru. Apa-apa pun,happy readin' folks!
Maaf sebab lewat post entry untuk hari ni. Hari ni aku sangat busy sebab nak siapkan draft proposal untuk thesis aku dan disebabkan aku kekurangan idea pagi tadi. Tengah-tengah malam camni baru nak keluar idea, aneh kan? Hahaha...okeh, comixed kali ni aku ambik dari filem Star Wars Episode 3: Revenge of The Sith. Aku baru sedar filem ni banyak bleh buat lawak. Harap korang enjoy untuk comixed pertama dari Star Wars ni. Kthanxbai!
Tadi, masa aku sambil nak menunggu waktu berbuka, aku layan la movie Jepun sekejap. Movie tu adalah L Change The World. Tapi entah camne berkat waktu berbuka kot, timbul la idea nak buat comixed. Aku bagi warning ni, tak semua orang akan faham joke ni sebab tak ramai yang tahu pasal "nyan cat".So,kebarangkalian ada yang takkan gelak tengok comixed ni mungkin tinggi.Try la search kat Google ape citer sebenar psal "Nyan Cat" ni..hehehe....
Yeah! Dapat jugak idea ke-4 untuk comixed dari citer Lagenda Budak Setan! Aku tak sure la korang gelak ke tak untuk comixed yang kali ni. Apa-apa pun, i try my best to make u LOL! Kali ni aku guna loghat ganu kiter sebab aku rasa seronok kalau buat lawak guna loghat tu...hehe
Aku dah tengok filem Lagenda Budak Setan ni 2 kali hari ni. Tapi cuma dapat extract 3 joke dari dalam citer nih. See....mencabar wooh buat comixed dari filem ni. Tapi takpe, aku cuba korek korek korek lagi. Aku rasa filem ni memang ada "potensi" untuk lahirkan comixed yang lebih banyak macam Boys Over Flower dan KL Gangster. Okayh, ni dia comixed kedua dari filem Lagenda Budak Setan. Aku nak pegi berbuka jap. Enjoy your comixed!
Asyik-asyik buat comixed dari cerita Boys Over Flower dengan KL Gangster...boring gak kan? Pasni aku nak try buat comixed dari cerita Lagenda Budak Setan pulak. Filem ni agak mencabar sebab susah nak cari scene yang boleh dibuat lawak, so aku kena ulang-ulang la tengok filem ni sampai la otak aku boleh ejakulasikan idea-idea bernas untuk buat comixed lawak dari filem ni. So, kalau korang ada idea nak buat lawak dari filem ni, share la kalau boleh ok? Nanti aku akan buat dan kredit atas nama korang...ciaoo~
Comixed Lagenda Budak Setan aku untuk percubaan pertama kalinya....ntah lawak ke tak, aku pun tak tahu..hehe